Skip to main content

Advertisement

Berita

Hidayah Allah Kepada Yang Terpilih, Seorang Anggota Tentera Memeluk Islam

Hidayah Allah itu teramat indah dan sesiapa yang menerima cahaya hidayah Allah, mereka itu merupakan insan yang terpilih.

hidayah allah kepada yang terpilih, seorang anggota tentera memeluk islam

Advertisement

Seorang anggota tentera lelaki yang bersal dari Sarawak yang memeluk Islam di Rejimen 501 Askar Wataniah, Johor Bahru menerima banyak respon positif daripada warga net.

Menerusi perkongsian di facebook Pertubuh Kebajikan Islam Malysia (Perkim) Johor Bahru, anggota tentera berkenaan, Faez Hafizuddin Peter Abdullah telah mengucap dua kalimah syahadah di surau An-Nur Kem Tebrau. Majlis pengislaman tersebut disempurnakan oleh Pegawai Waran 2 Ustaz Hamzi Husin dan disaksikan oleh Mejar Mohd Hafes dan Leftenen (KM) Mohd Shamsul Gahar.

"Alhamdulillah pada 8.4.2020 seorang lagi sahabat kita telah kembali kepada fitrah, saudara Faez Hafizuddin Peter Abdullah, seorang anggota tentera dari Sarawak," tulisnya.

Rata-rata warga net mengucapkan kata syukur dan berharap anggota tentera itu supaya terus istiqamah dalam mempelajari agama Islam.

hidayah allah kepada yang terpilih, seorang anggota tentera memeluk islam

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda