Skip to main content

Advertisement

Berita

‘Selawat Mega’ Diadakan Secara Maya Bersama Rakyat Malaysia, Pohon Kesejahteraan Negara

Program PKRC Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia diadakan secara maya bagi mendoakan kesejahteraan warga di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) serta seluruh rakyat dalam menentang pandemik COVID-19.

‘selawat mega’ diadakan secara maya bersama rakyat malaysia, pohon kesejahteraan negara

Advertisement

Imam Besar Masjid Putra Ikmal Zaidi Mohd Hashim memimpin bacaan selawat bersama dua qari Ahmad Tarmizi Ali dan Amir Rahman Abbas dari Kompleks Islam Putrajaya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengikuti program itu di Jabatan Perdana Menteri bersama ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan serta rakyat Malaysia.

‘selawat mega’ diadakan secara maya bersama rakyat malaysia, pohon kesejahteraan negara

Malah, ia disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV pada 8.30 pagi ini.

Turut serta, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Bacaan selawat itu kemudian diakhiri dengan doa keselamatan oleh Ikmal Zaidi yang antara lain memohon Allah SWT memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada segala penyakit berbahaya serta mendoakan kesejahteraan dan kestabilan negara.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda