Skip to main content

Advertisement

Berita

Selangor Benarkan Solat Sunat Tarawih Di Masjid Dan Surau Ramadan Ini

Ramadan tahun ini, Selangor membenarkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau.

selangor benarkan solat sunat tarawih di masjid dan surau ramadan ini

Advertisement

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni, pengurusan masjid dan surau dinasihatkan untuk membaca surah yang ringkas, pendek atau ayat lazim ketika melaksanakan solat sunat itu.

selangor benarkan solat sunat tarawih di masjid dan surau ramadan ini

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi solat sunat tarawih sama sahaja seperti solat Jumaat, di mana jemaah perlu bawa sejadah sendiri, membuat semakan suhu, memakai pelitup muka dan mendaftar terlebih dahulu sebelum ke masjid.

“Kerajaan negeri mengambil pendekatan tidak menghebahkan SOP solat sunat tarawih kepada umum, bagi mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan jemaah,” ujarnya lagi

Taklimat telah diberikan kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab bagi memastikan SOP dan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih dipatuhi setiap jemaah.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda