Skip to main content

Advertisement

Berita

Sebelum Ataupun Selepas Berbuka Puasa Yang Merupakan Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Doa-doa orang yang berpuasa merupakan doa yang mustajab. Hal ini ada disebut dalam beberapa hadis sahih.

Bulan Ramadan juga merupakan bulan termakbulnya doa terutamanya buat mereka yang berdoa secara bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

Advertisement

sebelum ataupun selepas berbuka puasa yang merupakan waktu mustajab untuk berdoa

Bahkan, banyak juga hadis yang menyebut waktu-waktu mustajab untuk berdoa ketika di bulan Ramadan ini, antaranya ialah waktu berbuka.

Waktu berbuka puasa merupakan antara waktu dianjurkan berdoa. Anda bukan sahaja mendapat pahala berdoa, bahkan diikuti dengan pahala sunnah kerana mengikut amalan yang pernah diamalkan Baginda.

 “Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doa orang yang berpuasa ketika berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi.”

Hadis Riwayat Tirmizi (no. 2528)

Tetapi ada segelintir orang yang masih keliru bahawa waktu mustajab berdoa ialah sebelum berbuka ataupun selepas berbuka puasa.

Menerusi perbahasan daripada jumhur ulama, ramai yang mengatakan bahawa waktu mustajab ialah sebelum berbuka puasa, iaitu sebelum azan Maghrib.

Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Utsaimin menjelaskan bahawa, keadaan seorang muslim yang belum berbuka puasa pada waktu puncak (menunggu azan Maghrib) adalah situasi di mana keadaan hamba itu lemah dan mampu berdoa sepenuh hati kepadaNya.

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda