Skip to main content

Advertisement

Berita

Sarawak Umum SOP Baharu Majlis Akad Nikah, Pasangan Tidak Boleh Sarung Cincin Dan Tiada Pertukaran Barang Hantaran

Pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin di Sarawak boleh diadakan di pejabat agama Islam bahagian, daerah dan premis Majlis Islam Sarawak dan hanya akad nikah sahaja.

sarawak umum sop baharu majlis akad nikah, pasangan tidak boleh sarung cincin dan tiada pertukaran barang hantaran

Advertisement

Menurut kenyataan Majlis Islam Sarawak (MIS), garis panduan terbaharu telah disenaraikan berkenaan pelaksanaan akad nikah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Malah, majlis akad nikah itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Had maksimum kehadiran adalah lapan orang termasuk jurunikah dan saksi selain tertakluk kepada ruang yang digunakan.

sarawak umum sop baharu majlis akad nikah, pasangan tidak boleh sarung cincin dan tiada pertukaran barang hantaran

“Mematuhi janji temu yang ditetapkan, tidak boleh berjabat tangan,” kata kenyataan itu.

Namun, tempoh masa akad nikah tidak boleh melebihi 20 minit termasuk lafaz taklik dan upacara pertukaran barang hantaran serta menyarung cincin juga tidak dibenarkan.

Tindakan itu dibuat bagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda