Skip to main content

Advertisement

Berita

Pelakon Bollywood Sana Khan Ambil Keputusan Berhijrah, Tinggalkan Dunia Hiburan

Pelakon popular Bollywood, Sana Khan membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya demi penghijrahannya dan mendekatkan diri dengan agama.

pelakon bollywood sana khan ambil keputusan berhijrah, tinggalkan dunia hiburan

Menurut laporan Hindustan Times, Sana beri bayangan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dalam industri hiburan dan mahu mendekatkan diri dengan agama.

Advertisement

Bahkan, menerusi Instagram, Sana amat berharap bahawa keputusan yang dilakukannya itu adalah tepat dan berdoa supaya Allah menghapuskan dosa-dosa masa silamnya yang pernah dilakukan.

pelakon bollywood sana khan ambil keputusan berhijrah, tinggalkan dunia hiburan

pelakon bollywood sana khan ambil keputusan berhijrah, tinggalkan dunia hiburan

"Saya minta pada semuanya untuk mendoakan supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kemampuan untuk meneruskan hidup.

"Sesuai dengan tekad saya untuk menghabiskan hidup mengikuti ajaran pencipta dalam melayari kehidupan sebagai manusia.

"Ingin saya menyatakan mulai hari ini dan seterusnya, saya telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal pada gaya hidup hiburan saya selamanya," katanya.

Karier seni Sana Khan bermula sejak tahun 2005 dan telah membintangi puluhan filem serta drama televisyen.

Beberapa tahun kebelakangan ini, namanya sering tersenarai sebagai calon dalam program anugerah terbesar di India dan Asia.

Sumber: Hindustan Times

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda