Ada beberapa kawasan di dunia kini dilanda salji dan cuaca sejuk pada Januari ini, termasuklah gurun di Afrika dan Arab Saudi.

Advertisement
Menurut portal berita MailOnline, fenomena berkenaan menyaksikan suhu terutamanya di wilayah Asir -- di mana kawasan ini mencatatkan suhu - 2 darjah Celcius ekoran cuaca sejuk dan salji.
Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.

Manakala, portal watchernews.com melaporkan, salji melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.
Arab News dalam pautan terkini pada 10 Januari memaparkan sebuah video yang menunjukkan kawasan pergununan di Dahr diselimuti salji.
#WATCH: Parts of #SaudiArabia were blanketed by snow on Friday, especially in the northwestern regions such as the Dahr Mountains (Video: @alekhbariyatv)https://t.co/HCQWErHoR1 pic.twitter.com/g2pN8V7GRp
— Arab News (@arabnews) January 10, 2020
Bahkan, dengan perkembangan mengejutkan ini, portal berita Al-Arabiya turut melaporkan salji turun di kawasan pergunungan wilayah Asir seawal April, 2018.
Menurut laporan portal itu, seorang jurugambar, Karin Bouchetta telah merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada - 3 darjah Celsius.
Sumber: Awani
Foto: Arab News