Ahli arkeologi di timur laut Jordan telah menemui satu penemuan bersejarah apabila mereka menemui sebuku roti berusia 14.500 tahun dalam alat pembakar zaman kuno.

Advertisement
Penemuan ini memberi petunjuk bahawa manusia zaman kuno telah menguasai teknik pembuatan roti sejak beribu-ribu tahun sebelum manusia membangunkan teknik penanaman dan pertanian.


Roti yang ditemui berbentuk seperti roti pita iaitu roti biasa daripada sejenis tepung yang tidak dicampur ragi. Para penyelidik mempercayai roti tersebut telah dihasilkan daripada bijirin liar sama ada barli, gandum purba, oat atau tepung yang dihasilkan daripada pokok papirus.

Sumber: Alexis Pantos/REUTERS
