
Pelakon, pengacara dan juga usahawan, Raf Yaakob menzahirkan rasa syukur apabila telah selesaikan segala urusan menunaikan umrah buat kali yang keenam.
Advertisement
Menurut Raf, kali terakhir dia bertapak ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah adalah pada bulan Disember 2016. Pada ketika itu, beliau sering mendoakan supaya diketemukan jodoh yang baik dan boleh membahagiakan dirinya dan menyayangi anak-anaknya daripada perkahwinan terdahulu.
"Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah.
"Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah SWT beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama-sama belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain," tulis Raf tentang isterinya.
Raf juga mengalu-alukan supaya saudara seagama jika mampu untuk menunaikan ibadah umrah mahupun Haji, datang lah ke tanah suci jika mampu.
“Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada.”
Raf yang mengerjakan umrah bersama isterinya yang tercinta, Mawar Rashid dan juga cahaya mata mereka, Raden Muhammad Rafael.
Sumber: Instagram