Skip to main content

Advertisement

Berita

“Elok Diam, Kalau Tiada Benda Baik Nak Cakap”, PU Azman Bidas Netizen Hina Keperibadian Elizad

Baru-baru ini kecoh mengenai isu penghinaan terhadap selebriti Elizad Sharifuddin yang menuduh perkara yang tidak benar sehingga mengganggu emosinya.

Pendakwah, PU Azman turut memberi komen berkenaan isu ini yang dianggap satu penghinaan dan berdosa.

Advertisement

“elok diam, kalau tiada benda baik nak cakap”, pu azman bidas netizen hina keperibadian elizad

Memetik laporan Mstar, PU Azman membidas warganet yang mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada seseorang yang tidak kenal peribadinya.

“Aneh apabila orang yang tidak ada kaitan mencampuri soal hidup orang lain. Kalau beri nasihat tak apa, ini bagi kecaman.

“Ia jelas satu penghinaan, jenayah  akhlak dan merupakan satu dosa,” katanya.

Malah, beliau menasihati warganet untuk menjaga penulisan dan kata-kata sebelum berkongsi di mana-mana platform media sosial.

Tuduhan yang menimbul fitnah boleh menyebabkan emosi seseorang itu terganggu dan manusia tidak boleh masuk campur urusan peribadi orang lain.

“elok diam, kalau tiada benda baik nak cakap”, pu azman bidas netizen hina keperibadian elizad

PU Azman berharap Elizad terus kuat dan bersabar dalam menghadapi situasi ketika ini.

Sumber: Mstar

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda