Skip to main content

Advertisement

Berita

Sejarah Baharu Bagi Tanzania, Lantik Presiden Wanita Pertama!

Samia Suluhu Hassan, 61, melakar sejarah apabila diangkat menjadi presiden wanita pertama Tanzania.

sejarah baharu bagi tanzania, lantik presiden wanita pertama!

Advertisement

Memetik laporan Awani, Samia mengangkat sumpah jawatan ketua negara itu di Dar Es Salam dan disaksikan Ketua Hakim Negara, Ibrahim Jumavowing.

Samia yang merupakan seorang Muslim dilihat mengangkat sumpah dengan memegang Al-Quran.

sejarah baharu bagi tanzania, lantik presiden wanita pertama!

Turut hadir menyaksikan acara bersejarah itu adalah anggota Kabinet dan bekas Presiden Tanzania, Ali Hassan Mwinyi, Jakaya Kikwete dan Abeid Karume.

Majlis angkat sumpah itu diadakan dua hari selepas penyandang Presiden Tanzania, John Magufuli meninggal dunia.

Sebagai presiden negara di benua Afrika itu, Samia mengumumkan hari berkabung di seluruh negara selama 21 hari, diikuti cuti umum pada 22 dan 25 Mac.

Tarikh itu adalah berdasarkan majlis pengebumian penyandang presiden negara itu.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda