Skip to main content

Advertisement

Berita

Polis New Zealand Perkenalkan Pakaian Seragam Berhijab Untuk Anggota Polis Wanita Muslim

Bagi mendorong lebih ramai wanita Muslim untuk menyertai pasukan polis New Zealand, buat pertama kalinya pakaian seragam berhijab telah diperkenalkan pihak polis New Zealand.

polis new zealand perkenalkan pakaian seragam berhijab untuk anggota polis wanita muslim

Advertisement

Rekaan pakaian seragam itu diperagakan oleh seorang anggota polis bernama Zareena Ali. Difahamkan, Zareena juga pereka hijab pakaian seragam tersebut.

Menurut laporan NZ Herald, Zareena menyertai pasukan polis sejurus selepas kejadian serangan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun lalu dengan niat ingin membantu komuniti Islam.

polis new zealand perkenalkan pakaian seragam berhijab untuk anggota polis wanita muslim

Zareena turut berkata bahawa pasukan polis amat memerlukan lebih ramai wanita Muslim bagi membantu kejadian seumpama itu yang mensasarkan orang Islam.

“Kebanyakkan wanita Muslim begitu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin hanya akan berdiam diri di depan pintu rumah jika ada seorang lelaki yang bercakap dengan mereka.

“Jadi, lebih ramai wanita Muslim diperlukan dalam pelbagai pasukan barisan hadapan dalam usaha mengurangkan jenayah,” katanya.

polis new zealand perkenalkan pakaian seragam berhijab untuk anggota polis wanita muslim

polis new zealand perkenalkan pakaian seragam berhijab untuk anggota polis wanita muslim

Bagi Zareena dia amat bangga menjadi seorang anggota polis wanita yang pertama memakai tudung dan merasa hebat kerana dapat menunjukkan pakaian seragam berhijab yang baru oleh pasukan polis New Zealand.

“Saya rasa selepas melihatnya, lebih ramai wanita-wanita Muslim turut mahu sertai pasukan polis,” tambahnya.

Pada tahun 2008, polis membenarkan pemakaian serban ke dalam seragam itu dan Nelson Constable Jagmohan Malhi menjadi pegawai pertama yang memakainya ketika bertugas.

polis new zealand perkenalkan pakaian seragam berhijab untuk anggota polis wanita muslim

Sumber: NZ Herald

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda