Skip to main content

Advertisement

Berita

Perang Agama Besar Boleh Tercetus Jika Keganasan Terus Berlaku Di Gaza

Pemimpin tertinggi Hamas di Gaza, Yehiyeh Sinwar memaklumkan amaran keganasan bertubi-tubi Israel boleh mencetuskan satu perang agama yang besar di rantau itu.

perang agama besar boleh tercetus jika keganasan terus berlaku di gaza

Advertisement

Beliau juga menegaskan agar menghentikan keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci Baitulmaqdis dan berharap seluruh dunia bertindak.

“Jika seluruh dunia tidak bertindak untuk menghentikan penjajahan di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci pada umumnya, ia akan menjadi alasan untuk mencetuskan perang agama besar di rantau ini dan kekacauan di seluruh dunia,” katanya.

perang agama besar boleh tercetus jika keganasan terus berlaku di gaza

Tambahnya, beliau memaklumkan perkara itu selepas Israel mencetus perang 11 hari dengan pejuang Hamas di sempadan Gaza.

Serangan udara terjadi akibat keganasan berterusan dan mengakibatkan pertempuran di antara kedua-dua pihak.

perang agama besar boleh tercetus jika keganasan terus berlaku di gaza

Ini susulan provokasi dilakukan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa ketika penduduk Palestin sedang menunaikan solat di akhir bulan Ramadan, 7 Mei lalu.

Malah, insiden pengusiran penduduk di Sheikh Jarrah oleh tentera Israel juga memberi kesan kepada penduduk Palestin.

Lebih 250 penduduk Palestin maut dan ribuan lagi cedera akibat kezaliman zionis ketika pertempuran terjadi.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda