Seorang pemuda yang tidak berfikir panjang memasuki ruangan khas bagi majlis akad nikah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan berkaki ayam memeranjatkan semua kakitangan yang bertugas ketika itu.

Advertisement
Menerusi ciapan di laman sosial rasmi JAWI, pemuda berkenaan dilihat terus duduk di ruangan tersebut dan berzikir serta mengaji dengan kuat.
Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat. pic.twitter.com/xmVvapDaF8
— JAWI Official (@myJAWIKL) April 7, 2021
Pemuda itu mengalami tekanan perasaan apabila putus cinta, lapor JAWI.
Namun, pihak keselamatan badan berkuasa itu berjaya mengawal keadaan tersebut dengan begitu cekap sekali.
Petugas kami kemudian membacakan ayat-ayat ruqyah dan membawa dia berwuduk dan memberi minum segelas air. Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semoga pemuda tersebut terus kuat dan cekal. InsyaAllah, Allah tidak menguji di luar kemampuan hambanya.
— JAWI Official (@myJAWIKL) April 7, 2021
Pihak JAWI juga turut berduka dengan apa yang dialami pemuda berkenaan dan mendoakan agar diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan berat ini.
Rata-rata, warganet turut bersimpati akan perkara yang dihadapi pemuda itu dan memberikan kata-kata semangat.
Kini, lebih 8,000 ulang ciap dan 12,000 tanda suka daripada pengguna Twitter terhadap perkongsian pihak JAWI
Sumber: Twitter JAWI