Skip to main content

Advertisement

Berita

Pelat Huruf 'R' Memang Susah Nak Diatasi Tapi Boleh Dilakukan Menurut Kajian

Adakah anda turut mengalami masalah dalam menyebut huruf /r/ ?

pengkaji akui bunyi

Advertisement

Buat mereka yang mempunyai masalah ini, sebutan perkataan pastinya berbeza kerana kesukaran menyebut hurut /r/. Misalnya 'lori' akan kedengaran seperti 'loyi', 'burung' pula menjadi 'buwung', dan 'rambut' pula menjadi 'lambut'.

Meskipun ia nampak seakan-akan biasa pada orang lain, masalah sebutan huruf /r/ ini adalah diakui paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi huruf yang lain seperti /s/ atau /f/.

Bunyi huruf /r/ dihasilkan melalui getaran udara yang dihasilkan oleh lidah dalam rongga mulut. Bunyi huruf /r/ yang tepat adalah berdasarkan kedudukan lidah yang betul dan udara hanya bergetar dalam mulut.

pengkaji akui bunyi

Masalah menyebut perkataan yang mempunyai huruf /r/ juga tidak ada kaitannya dengan masalah pendek, malah masalah ini boleh diperbetulkan dengan latihan yang berterusan.

Berikut adalah cara yang betul menyebut huruf /r/:

1. Angkat lidah depan ke atas dan gerak menghala ke belakang.

2. Kemudian tarik lidah ke bawah sedikit tanpa menyentuh lelangit.

3. Keluarkan suara untuk menggetarkan lidah dan menghasilkan bunyi /r/.

Selain itu, berikut juga adalah antara cara melatih seseorang menyebut hurur /r/ dengan baik. Selamat mencuba!

pengkaji akui bunyi

Sumber: My Health KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda