Susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia termasuklah Malaysia sehingga Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dikuat kuasakan mulai 18 Mac.
Ramai orang yang khuatir dengan keadaan yang berlaku di Malaysia pada waktu ini dan sentiasa mendoakan yang terbaik termasuklah para wanita daripada negara Palestin.
DOA DARI PALESTIN UNTUK MALAYSIA
— Reza Razali (@_rezarazali_) March 18, 2020
Para wanita dari negara Palestin yang dijajah regim Zionis Israel, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak coronavirus (Covid-19).
Kredit: Dr Zainur Rashid pic.twitter.com/YgIIA7KPLY
Advertisement
Tular di laman sosial Twitter, sekumpulan wanita Palestin berdoa ramai-ramai ke atas keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang sedang memerangi wabak COVID-19.
Allahuakbar. Rasa sebak bila dengar nama Malaysia. Semoga Allah angkat wabak #COVIDー19 asbab doa yg dipohon mereka dan doa2 kita juga. 🤲🏻
— Nepp 🤪 (@hanief_ramli) March 19, 2020
Mereka sempat berdoa untuk kita di Malaysia. Terima kasih sahabat. برك الله لي ولكم.
— code_terminal (@code_terminal) March 19, 2020
Alhamdulillah.... rakyat Malaysia sentiasa berdoa dan membantu mereka dan sekarang mereka berdoa untuk kita. Terima kasih Palestin
— Abdul Halim Abdullah (@abdhalimA) March 18, 2020
Semoga Allah melindugi mereka di palestin dan juga kami di Malaysia ini. Terima kasih saudari seagama kami.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Twitter