Skip to main content

Advertisement

Berita

Allah Berikan Ancaman Berat Kepada Orang Yang Putuskan Silaturrahim

Menerusi beberapa dalil yang telah diturunkan, Allah akan memberikan ancaman yang berat kepada mereka yang mengambil keputusan untuk memutuskan silaturahim.

ancaman orang yang memutuskan silaturahim

Advertisement

1. Dilaknat Oleh Allah

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّـهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ

Mafhum: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat. (Orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya.” Surah Muhammad (47:22-23)

2. Ancaman Tidak Masuk Syurga

لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ

Maksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.” Hadis Riwayat Bukhari (2408)

3. Akan Disegerakan Balasan Di Dunia

مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

Maksud: “Tidaklah sebuah dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga di samping yang sedang menantinya di hari akhirat dibandingkan dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturahim.” Hadis Riwayat Abu Daud (4902)

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda