Skip to main content

Advertisement

Berita

Nasi Kandar Kari Kambing Berjaya Memenagi Pingat Emas Di Pertandingan Cef Kulinari 2020 Di Ireland

nasi kandar kari kambing berjaya memenagi pingat emas di pertandingan cef kulinari 2020 di ireland

Sebelum ini seorang gadis bernama Siti Safura Mohd Tawil telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland dengan sajiannya, Nasi Lemak Bunga Telang.

Advertisement

Ternyata seorang lagi rakyat Malaysia turut berjaya merangkul pingat emas pada pertandingan yang sama dengan hidangan yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia, Nasi Kandar.

nasi kandar kari kambing rangkul emas di pertandingan cef kulinari 2020 di ireland

Cef Zainal Abidin Abdullah membuat menu masakan yang amat dikenali oleh ramai rakyat Malaysia dan cukup terkenal di negeri Pulau Pinang, iaitu Nasi Kandar Kari Kambing.

Isteri kepada Cef Zainal, Zafirah Zain berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik status di laman sosial Facebook kepunyaannya yang kini tular di media sosial.

nasi kandar kari kambing rangkul emas di pertandingan cef kulinari 2020 di irelandMenerusi posting tersebut, Zafirah juga memberitahu bahawa ini bukan kali pertama suaminya menyertai pertandingan tersebut. Malah, suaminya pernah memenangi pingat perak dalam acara yang sama tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda