Skip to main content

Advertisement

Berita

Mula Hilang Minat Pada Hobi Lama, Antara Tanda Awal Anda Mengalami Kemurungan

Pernahkah anda mengalami keadaan bila mana anda mulai hilang minat terhadap segala aktiviti yang pernah membuatkan anda gembira dan seronok?

hilang minat pada aktiviti yang pernah menggembirakan tanda utama kemurungan

Advertisement

Jika YA, ia mungkin petanda anda mengalami kemurungan.

Memetik hantaran oleh Public Health Malaysia, keadaan hilang minat terhadap aktiviti yang pernah menggembirakan sebelum ini dikenali juga sebagai 'anhedonia'.

Anhedonia merupakan salah satu gejala utama Major Depression Disorder (MDD). Ia akan membuatkan seseorang itu juga merasa sedih dan tidak bahagia, seterusnya menyebabkan depresi.

Selain muncul kepada mereka yang depresi, anhedinoa juga sering terjadi kepada pesakit mental yang lain seperti schizofrenia, psikosis, serta anoreksia.

hilang minat pada aktiviti yang pernah menggembirakan tanda utama kemurungan

Umumnya terdapat dua jenis anhedonia yang sering terjadi iaitu anhedonia sosial dan anhedonia fizikal. Anhedonia sosial menyebabkan seseorang tidak suka meluangkan masa dengan orang lain, manakala anhedonia fizikal pula menyebabkan seseorang itu hilang sensasi atau deria sentuhan seperti pelukan atau ciuman.

Jika anda atau kenalan anda mempunyai ciri-ciri atau petanda anhedonia, segera dapatkan bantuan atau rujuk kepada pakar di hospital.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda