Skip to main content

Advertisement

Berita

Menghayati 99 Nama Suci Allah SWT Dalam Kehidupan Seharian

Nama Allah ada 99 dan di setiap nama tersebut mempunyai maksud serta sifatNya yang tersendiri. Apabila kita ingin meminta keampunan kepada Allah, sebutkanlah ‘Ya Rahman’ atau ‘Ya Ghafir’ yang membawa maksud Maha Pengasih atau Maha Pengampun.

Apabila kita ingin meminta perlindungan dari Allah, sebutlah ‘Ya Muhaimin’ yang bermaksud Maha Pelindung. Dan ada 96 lagi nama Allah yang membawa makna yang tersendiri serta mempunyai keunikannya yang sangat hebat.

Advertisement

menghayati 99 nama suci allah swt dalam kehidupan seharian

Ini sebuah perumpanaan, jika anda haus; apa yang anda lakukan? Sudah pasti anda akan memilih untuk minum air mineral atau air putih ditambah pula dengan kesejukan aisnya yang mampu menghilangkan dahaga di tekak anda.

Begitu juga apabila anda mengantuk namun ingin kekal berjaga kerana banyak tugasan yang menanti. Pasti anda akan mencari kopi untuk membantu menyegarkan mata anda. Tidak logik jika anda mencari susu atau minuman yang boleh membuatkan mengantuk anda semakin parah.

Perumpamaan yang dimaksudkan ini menunjukkan bahawa kita akan bertindak mengikut keadaan dan sesuai dengan perkara yang boleh membantu kita.

Begitu juga apabila kita ingin meminta dengan tuhan. Ada sebab mengapa nama-nama Allah itu perlu diketahui dan dihayati. Apabila kita berdoa atau meminta sesuatu dari Allah dengan menggunakan istilah yang tepat, mungkin akan lagi mudah untuk Allah mempermudahkan urusan kita.

Justeru, hayati 99 nama Allah dengan sebaik-baik penghayatan agar ia boleh membuatkan hati kita sentiasa dekat denganNya.

menghayati 99 nama suci allah swt dalam kehidupan seharian

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda