Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Membetulkan Orang Yang Tersalah Arah Kiblat

Menghadap kiblat ketika solat adalah salah satu syarat sah solat dan hukumnya adalah wajib.
Editor
20 Dec 2020, 07:00 AM

Menghadap kiblat ketika solat adalah salah satu syarat sah solat dan hukumnya adalah wajib. Ia terkandung dalam sebuah hadis Rasulullah SAW di mana secara jelas baginda menyebut tentang arahan menghadap kiblat.

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَأَسْبِغِ الوُضُوءَ، ثُمَّ اسْتَقْبِلِ القِبْلَةَ فَكَبِّرْ

Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwuduklah dengan sempurna, kemudian menghadaplah ke kiblat dan bertakbir.” (Riwayat al-Bukhari, no.6251 & Muslim, no.397)

membetulkan orang yang tersalah arah kiblat

Kini pelbagai sistem teknologi dibangunkan bagi memudahkan pencarian arah kiblat. Hanya dengan membuka aplikasi solat atau kompas digital dalam telefon pintar, arah kiblat mampu dicari dengan mudah. Walau bagaimanapun, ada ketika, kompas digital ini tidak dapat berfungsi dengan baik akibat gangguan tarikan medan magnet dari peralatan elektrik yang ada di sekeliling.

Kesannya anda akan menemui orang yang bersolat dengan arah kiblat yang salah di surau-surau awam yang ketiadaan penanda arah kiblat kerana masing-masing menggunakan aplikasi kompas digital yang berbeza-beza. Dalam keadaan ini, jika anda mendapati orang yang bersolat tetapi pada arah yang salah, maka bagaimana ingin menegur mereka?

Pertama, anda sendiri terlebih dahulu perlu yakin bahawa arah kiblat yang anda tahu adalah tepat. Kemudian barulah boleh menegur orang tersebut dengan menyebut “Kiblat anda tersalah”.

Kedua, teguran kepada mereka yang sedang solat itu juga boleh dilakukan dengan perbuatan, iaitu dengan mengalihkan badan orang yang sedang solat itu ke arah kiblat yang betul. Syaratnya kiblat yang anda yakini adalah kiblat yang sebenar dan bukan sekadar ijtihad.

Bagaimana jika anda sendiri sedang solat dan salah kiblat? Jika ketika solat, anda tersedar bahawa anda tersalah kiblat, atau anda pula mendengar orang lain menegur, maka di sini ada dua pendapat di sisi Mazhab Syafie.

  1. Anda perlu memulakan semula solat ke arah ijtihad (arah kiblat) yang baru.
  2. Tidak perlu memulakan semula solat, tetapi cukup dengan memalingkan badan ke arah ijtihad kiblat yang baru jika dia yakin bahawa teguran itu adalah benar dan boleh dipercayai.

Kesimpulannya, tidak ada masalah untuk bergerak menukar arah kiblat walaupun ketika sedang solat. Namun, berhati-hati supaya tidak bergerak terlalu banyak sehingga membatalkan solat.

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}