
Maya Matahari ataupun nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee meninggal dunia akibat kanser pada hari Rabu.
Advertisement
Allayarham yang berusia 44 tahun itu, difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu dan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, masyarakat dan juga media.
Beliau pernah masyhur dengan lagu Matahari dan merupakan salah seorang bintang Gegar Vaganza Musim ke 5 pada tahun 2018.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solehin. Al- Fatihah.
Sumber: Astro AWANI