Pelakon Mawar Rashid mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mula berhijab.
Menurut Mawar, dia sangat nekad untuk berubah disebabkan perasaan takut yang diselebunginya.
Advertisement

“Salah satu sebab Mawar berhijrah. Sebab Mawar takut.
“Takut tak dapat keredhaan dari Allah SWT dan Rasulullah. Takut degan balasan yang Mawar akan dapat. Takut akan jadi punca berjauhan ngan Allah SWT. Takut suami Mawar kena tanggung dosa Mawar.
“Takut tak menjadi contoh yang baik kepada followers Mawar. Takut nanti orang terikut-ikut benda yang tak betul yang Mawar buat. Doakan Mawar jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah, doakan Mawar untuk istiqomah juga.”
Mawar turut berasa terharu apabila menerima reaksi yang baik daripada pengikutnya dan menjadikan Mawar sebagai inspirasi kehidupan mereka.
“Terima kasih semua yang mendoakan Mawar.
“Terharu sangat-sangat bila you all semua doakan kat Mawar.ada yang cakap thank you sebab bagi inspirasi. Lagi lah Mawar terharu. Siapalah Mawar. Mawar pun hamba Allah yang banyak sangat kekurangan dan baru nak menutup aurat. Thank you all,” tulisnya di ruangan kepsyen IG.
Sebelum ini, Mawar mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram.
Sumber: Instagram