Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Fungsi Masjid Terus Diperkasa, Mangsa Keganasan Rumah Tangga Usah Risau

Perlindungan buat mangsa keganasan rumah tangga.
05 May 2021, 02:00 PM

Baru-baru ini, inisiatif masjid dijadikan sebagai pusat transit keganasan rumah tangga dilancarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Masjid berfungsi sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada segenap lapisan masyarakat meliputi keperluan psikososial dan spritual.

fungsi masjid terus diperkasa, mangsa keganasan rumah tangga usah risau

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, inisiatif ini dilaksanakan di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 melalui teras Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar dengan penjenamaan Masjid Prihatin.

“Saya mahu melihat masjid-masjid ini bukan sahaja berperanan sebagai Pusat Transit tetapi juga Pusat Pendidikan yang menawarkan pelbagai bentuk pendidikan sivik, moral, terkhususnya pendidikan seks dalam Islam kepada mangsa-mangsa gangguan seksual di rumah.

fungsi masjid terus diperkasa, mangsa keganasan rumah tangga usah risau

“Malah, saya mahu melihat lebih banyak masjid berperanan sebagai pusat terapi yang menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan nasihat kepada mereka yang mengalami tekanan mental disebabkan keganasan rumahtangga.”

“Sekalung penghargaan saya tujukan kepada YB Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri atas kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua buah masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipilih sebagai perintis program ini iaitu Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Al Ghufran Pinggiran, Taman Tun Dr. Ismail.

Manakala, 12 buah masjid di Wilayah Persekutuan telah dipilih menjadi pusat aduan dan khidmat kaunseling kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga.

fungsi masjid terus diperkasa, mangsa keganasan rumah tangga usah risau

Tambahnya, program ini akan diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan seterusnya akan diusulkan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Inisiatif ini terbuka kepada Muslim dan bukan Muslim dan mereka akan diberikan perlindungan sementara, makanan dan minuman, khidmat nasihat dan kaunseling.

Sumber: Twitter

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}