Skip to main content

Advertisement

Berita

Selepas Dua Bulan Ditutup, Masjid Al-Aqsa Kini Dibuka Semula

Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, Masjid Al-Aqsa telah ditutup kepada umum selama dua bulan. Dengan menetapkan beberapa syarat sebagai langkah berjaga-jaga, Masjid Al-Aqsa kini dibuka semula.

setelah dua bulan ditutup, masjid al-aqsa kini dibuka semula

Berita ini sekali gus mengakhiri suasana suram buat umat Islam di Baitulmaqdis yang tidak dapat meraikan bulan Ramadan dan Aidilfitri selain mendirikan solat jemaah di masjid yang dianggap antara ibadah terpenting dalam Islam.

Advertisement

Memetik laporan Awani, perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang merupakan penjaga bagi salah sebuah tapak suci umat Islam itu yang ditutup sejak 15 Mac lalu.

Menurut kementerian itu, langkah pembukaan diambil susulan penurunan kes COVID-19 di situ.

setelah dua bulan ditutup, masjid al-aqsa kini dibuka semula

Pada Ahad, takbir bergema pada waktu subuh apabila ratusan umat Islam memenuhi Kota Lama Baitulmaqdis, lapor Reuters.

Namun, pengunjung perlu memakai pelitup muka serta membawa sejadah sendiri sekiranya ingin mendirikan solat dalam kawasan masjid.

Kementerian bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada jumlah pengunjung dihadkan.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda