
Semua orang ingin merasa keindahan bertapak ke Kota Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah, peluang keemas an ini dapat dirasai oleh penyanyi dangdut Mas Idayu.
Advertisement
Mas Idayu berkesempatan untuk menyempurnakan ibadah tersebut bersama anak perempuannya, Nur Dayini Asyiqah.

Mas Idayu meluahkan rasa hati yang penuh dengan kesedihan dan sebak melalui postingnya di Instagram.
“Setelah aku bersedih meninggalkan Kota Mekah dan Masjidil Haram”
“Hari ini air mata ku mengalir lagi kerana meninggalkan mu ya Rasulullah”
Dia turut berdoa supaya ibadah dilakukan olehnya dan para Jemaah diterima Illahi dan dia telah tanam niat dihati untuk menjadi insan lebih baik.
“Aku berdoa Allah terima umrahku, umrah jemaah bersama ku, umrah sahabatku”
“Aku tidak baik, aku ingin menjadi baik, ingatlah namaku ya Rasulullah.”
Sumber: Instagram Mas Idayu