Skip to main content

Advertisement

Berita

Manfaat Berhenti Makan Sebelum Kenyang

 manfaat berhenti makan sebelum kenyang

Kadang kala, kita menikmati makanan sehingga perut ini betul-betul kenyang. Lagi-lagi bila kita sangat lapar sampai tak sedar yang kita memesan banyak sangat makanan yang boleh menghala ke pembaziran.

Advertisement

Sebab itulah kita harus mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang ataupun makan secukupnya jangan sampai kenyang, perut pun akan rasa mengah.

Keadaan seperti ini boleh menyebabkan kita tidak mampu menyiapkan kerja-kerja harian sebab selalunya kalau perut yang kenyang akan didatangi perasaan mengantuk.

Barangkali lebih baik jika menundukkan nafsu makan kita supaya tidak terjerumus dalam pembaziran makanan mahupun mengidap penyakit-penyakit yang tidak diingini. Justeru, ayuh kita sama-sama mengamalkan sunnah Raulullah SAW ini yang dapat memberi kebaikan kepada diri dan keluarga kita.

Sumber: Sinar Harian

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda