Pengarah filem Hantu Kak Limah (HKL) kini sedang mencari pelakon bagi pementasan teater.

Kejayaan filem HKL yang berjaya mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM36.2 juta mendorong Mamat Khalid membuka peluang kepada orang Perak bagi mencuba sendiri nasib sebagai seorang pelakon teater.
Advertisement
Ujibakat berkenaan akan dijalankan pada 7 hingga 8 November dari jam 6 petang hingga 10 malam di MAPS Theatre, Movie Animation Park Studio, Ipoh, Perak.
Mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam poster ujibakat pementasan teater itu, mereka yang mahu mencuba nasib perlu mempunyai bakat menyanyi, menari dan berlakon.

Sumber: Awani / Gempak