Skip to main content

Advertisement

Berita

Komited Berkhidmat! Malaysia Sedia Hantar Anggota ATM Untuk Misi Pengaman Ke Palestin

Malaysia menyatakan hasrat dan bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Palestin jika mendapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

komited berkhidmat! malaysia sedia hantar anggota atm untuk misi pengaman ke palestin

Advertisement

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Malaysia terikat dengan undang-undang antarabangsa disebabkan itu negara tidak boleh terus menghantar anggota ke negara berkenaan.

"Kalau PBB minta (kita sedia hantar misi pengaman ke Palestin). Ia mesti ditentukan PBB, tidak boleh Malaysia membuat keputusan unilateral, mesti di bawah PBB, itu peraturannya.

komited berkhidmat! malaysia sedia hantar anggota atm untuk misi pengaman ke palestin

"Kita tidak boleh bersendirian hantar tentera kita kerana ia melibatkan undang-undang antarabangsa," katanya.

Tambahnya, Malaysia sebelum ini pernah beberapa kali menghantar pasukan pengaman di banyak negara melalui PBB.

"Memang kita ada hantar misi pengaman di bawah panji PBB ke Lubnan, Filipina, Sudan, Sierra Leone, Congo sebelum ini," ujarnya.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda