Skip to main content

Advertisement

Berita

Sikap Tidak Sopan Cemar Imej Islam, 37 Individu Langgar SOP Ketika Solat Di Surau

Baru-baru ini, lebih 37 individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika solat berjemaah di dua surau di Mukim Chetok menjadi kerisauan dan boleh mencemarkan imej Islam.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan kesal dengan tindakan sesetengah masyarakat yang tidak mengambil serius mengenai Covid-19.

Advertisement

sikap tidak sopan cemar imej islam, 37 individu langgar sop ketika solat di surau

Malah, secara tidak langsung tindakan itu dilihat sebagai sikap ‘jahil’ masing-masing yang tidak patuh kepada peraturan dibuat oleh kerajaan ketika pandemik ini.

“Kerajaan bukan mahu melarang solat jemaah, tetapi melarang kita berkumpul dalam kapasiti ramai, lebih-lebih lagi tanpa penjarakan fizikal kerana dengan cara inilah kita dapat memutuskan rantaian jangkitan.

sikap tidak sopan cemar imej islam, 37 individu langgar sop ketika solat di surau

“Keutamaan sekarang ialah menjaga nyawa kerana ramai menjadi korban kepada virus ini yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Nasihat saya kepada masyarakat, patuhilah arahan pihak berkuasa,” katanya.

Sikap degil 37 jemaah di dua surau di Mukim Chetok tersebut menyebabkan mereka dikompaun RM1,500 setiap seorang akibat tidak mematuhi SOP ketika menunaikan solat Isyak.
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda