Skip to main content

Advertisement

Berita

Lakukan 4 Perkara Ini Sebelum Tidur

Segolongan ulama pernah berpesan bahawa sebelum seseorang itu melelapkan mata, jika dia ingin memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka dia perlu melakukan empat perkara.

lakukan 4 perkara ini sebelum tidur

Advertisement

1. Memastikan bahawa anda telah menyelesaikan masalah dengan sesiapa

Jika anda ada berselisih faham dengan rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja, maka sebaiknya anda menyelesaikan dahulu masalah dengan mereka. Leraikan permusuhan dengan ucapan maaf dan ambil inisiatif untuk berlapang dada.

2. Memastikan anda telah selesai menunaikan tanggungjawab kepada allah

Tanggungjawab yang dimaksudkan di sini seperti bersuci, membersihkan diri, solat Isyak dan sebarang ibadah yang ingin dilakukan sebelum anda tidur.

3. Mengambil masa untuk bertenang dan menghisab diri

Ambil lah sebentar masa untuk bertenang, berzikir dan bercakap-cakap dengan Allah. Pohon ampun atas segala dosa serta penjagaan daripada Allah sepanjang anda tidur.

4. Membuat persiapan untuk mati

Memastikan anda telah membuat persiapan untuk mati -sekurang-kurangnya anda ada meninggalkan pesanan dan wasiat untuk teman atau keluarga.

Kata orang tua-tua, tidur adalah ‘saudara kematian’ kerana saat itu kita sudah tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita walaupun masih bernyawa. Peliharalah adab-adab untuk tidur seperti bersuci dan membaca doa-doa yang disarankan agar tidur kita sentiasa dalam perlindungan serta jagaan Allah dan para malaikat.


Sumber: Abdul Nasir Jangda

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda