Skip to main content

Advertisement

Berita

Kucing Cuba Masuk Muzium Tapi Sentiasa Gagal

Sepasang kucing di Jepun tak pernah berputus asa untuk cuba menyelip masuk ke dalam sebuah muzium, walaupun akhirnya ditangkap oleh pengawal keselamatan.

Dua ekor kucing berkenaan, Ken dan Gosaku, masing-masing berwarna hitam dan oren, merupakan pengunjung setia di Hiroshoma Onomichi City Museum of Art, sejak 2016 khusus ketika pameran foto kucing.

Advertisement

Ken, si kucing hitam, di rakam sedang duduk di hadapan pintu masuk muzium berkenaan, sambil diperhatikan pengawal keselamatan.

Namun begitu, Ken dihalau keluar oleh pengawal tersebut.

Kejadian sama dilaporkan berulang sejak daripada tahun 2016.

Memandangkan ‘rancangan’ Ken ini tidak berhasil, Gosaku, si kucing oren, cuba nasib untuk masuk ke dalam muzium berkenaan untuk melihat pameran.

Namun, ia juga seakan tidak berhasil.

Ragam kedua-dua ekor kucing ini menjadikan mereka sebagai salah satu hiasan cenderahati yang menarik dari muzium tersebut.

Haha comel je kan? Korang yg ada bela kucing dan nak kucing korang lagi comel, jom usha barang kucing kat sini! 

kucing cuba masuk muzium tapi sentiasa gagal

kucing cuba masuk muzium tapi sentiasa gagal

Sumber: Onomichi City Art Museum

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda