Korea Utara mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang dikatakan ibarat mengubah Semenanjung Gaza menjadi medan peperangan terutama kepada golongan yang tidak bersalah.

Advertisement
Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar Korea Utara memaklumkan serangan yang dilakukan Israel jelas menunjukkan sebagai jenayah kemanusiaan dengan membunuh kanak-kanak tidak bersalah.
“Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa seluruh Semenanjung Gaza telah berubah menjadi tempat serangan bertubi-tubi dan tempat untuk mendera anak-anak.

“Tidak lama setelah berakhirnya pengeboman itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel cuba untuk berselindung dengan kejahatan mereka membunuh ratusan manusia termasuk kanak-kanak,” katanya.
Sumber: Awani