Skip to main content

Advertisement

Berita

KKM Menyeru Rakyat Malaysia Supaya Kekal Berada Di Rumah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru sekali lagi kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

kkm menyeru rakyat malaysia supaya kekal berada di rumah

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia penting bagi memastikan usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan.

Beliau menegaskan kenyataannya bahawa setiap orang perlu memainkan peranan penting termasuk memberi perhatian terhadap penjagaan kesihatan diri sendiri dan juga keluarga.

Noor Hisham juga menegaskan bahawa kegagalan dalam mematuhi arahan tersebut dapat mengundang risiko berlakunya gelombang ketiga wabak COVID-19 di negara ini.

Justeru, rakyat Malaysia dinasihatkan mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan.

Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini.

Untuk perkembangan lebih lanjut tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Astro AWANI

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda