Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan, penularan wabak COVID-19 telah meragut dua nyawa, hari ini, 17 Mac.
Kematian pertama melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Advertisement
Kes kematian kedua pula melibatkan seorang lelaki warga negara Malaysia berusia 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.
TERKINI: Dua kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 17, 2020
1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.
Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai
Dalam perkembangan lain, 120 kes baru positif COVID-19 telah direkodkan di negara ini, 95 daripadanya berkaitan kluster tabligh Masjid Sri Petaling.

Jumlah terkumpul kes positif kes positif COVID-19 di Malaysia pada masa ini sudah meningkat kepada 673.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM