Skip to main content

Advertisement

Berita

“Pray For Palestine”, Khabib Nurmagomedov Berdiri Teguh Untuk Rakyat Palestin

Bekas peninju UFC, Khabib Nurmagomedov meluahkan solidariti terhadap serangan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Isu penindasan ke atas rakyat Palestin oleh Israel ini diambil serius Khabib dengan berkongsi banyak hantaran di media sosial.

Advertisement

“pray for palestine”, khabib nurmagomedov berdiri teguh untuk rakyat palestin

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Khabib menekankan agar semua golongan tidak kira Muslim atau bukan Muslim berganding bahu mengutuk perlakuan yang dilakukan tentera Zionis.

“Anda tidak seharusnya menjadi Muslim dan berjuang untuk Gaza, tetapi anda hanya perlu menjadi manusia (sifat perikemanusiaan),” tulisnya di laman Instagram.

“pray for palestine”, khabib nurmagomedov berdiri teguh untuk rakyat palestin

Tanda pagar #PrayForPalestine menjadi perbualan hangat dan sering diperkatakan ketika ini dan Khabib turut serta berkongsi luahannya terhadap situasi yang perit itu.

Beliau dikenali sebagai peninju hebat yang sentiasa menyanjungi agama Islam dan berpegang pada prinsip untuk menyebarkan dakwah melalui sukan.

Khabib menyatakan cinta buat saudara di Palestin dan kesal apabila perkara terkutuk sebegini sering dikaitkan dengan agama yang disayangi, Islam.

Sumber: Instagram Khabib Nurmagomedov

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda