Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Indahnya Bacaan Dalam Solat, Ketahui Makna Disebaliknya

Lain kali, jangan lah solat begitu cepat.
24 Apr 2021, 06:00 PM

Umum mengetahui solat merupakan ibadah wajib ke atas semua umat Islam yang telah akil baligh, masih waras dan tidak alami keuzuran yang dibenarkan dalam agama.

Bulan Ramadan ini adalah peluang untuk lebih banyak beramal dalam ibadah solat fardhu dan sunat.

indahnya bacaan dalam solat, ketahui makna disebaliknya

Umat Islam disarankan untuk tidak tergesa-gesa semasa menunaikan solat, solat di akhir waktu dan ada yang suka menggabungkan dua waktu solat sekaligus.

Pelbagai cara untuk khusyuk dalam solat antaranya mengenali dan menghayati makna bacaan ketika solat.

indahnya bacaan dalam solat, ketahui makna disebaliknya

Mari kita lihat maksud yang sangat indah untuk renungan bersama.

1. Takbiratul-Ihram

Allah Maha Besar

2. Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukandari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

indahnya bacaan dalam solat, ketahui makna disebaliknya

4. Rukuk

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Iktidal

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

indahnya bacaan dalam solat, ketahui makna disebaliknya

6. Sujud

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Duduk di antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah daku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

indahnya bacaan dalam solat, ketahui makna disebaliknya

7. Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. 

indahnya bacaan dalam solat, ketahui makna disebaliknya

8. Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Sumber: tzkrh.com
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}