Kes baharu tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini, sebanyak 5,725 kes bahar COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Negeri Selangor merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 3,126 kes baharu.

Advertisement
Dengan jumlah itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu COVID-19 melepasi angka 200,000 dengan 203,933 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 45,478.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor HIsham Abdullah, beliau memaklumkan perincian terkini COVID-19 menerusi akaun Twitternya.
Daripada 5,725 kes baharu itu, 5,268 kes merupakan kes tempatan manakala kes import adalah tujuh kes melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara.
Beliau turut memaklumkan, jumlah kes sembuh pula ialah sebanyak 3,423 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.
Sebanyak 16 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adaah sebanyak 733 kes atau 0.36 peratus.
COVID-19; 29 Jan 2021
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 29, 2021
J kes sembuh: 3,423
J kumulatif sembuh: 157,722 (77.34 %)
J kes baru; 5,725
J kumulatif: 203,933
J kes aktif: 45,478
Kes tempatan: 5,718
Kes import: 7(5WN, 2BWN)
J kematian baru:16WN
J kumulatif: 733 (0.36 %)
J kes di ICU: 301
Pesakit Intubated: 115 pic.twitter.com/FsEsbH7xPy
Sumber: Awani