Skip to main content

Advertisement

Berita

Ada Sebab Kenapa Manusia Suka Akan Pujian Menurut Imam Ghazali

Siapa yang tidak suka akan pujian? Tak kira lah kanak-kanak, remaja ataupun orang dewasa, lelaki mahupun perempuan. Akan ada masanya mereka suka dipuji kerana ia menghadirkan perasaan dihargai.

Advertisement

Menurut Imam Ghazali ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang gila pujian. Berikut kami kongsikan tiga daripadanya:

1. Berasa diri sempurna

ada sebab kenapa manusia suka akan pujian menurut imam ghazali

Menurut Imam Ghazali, perasaan bahawa dirinya sempurna adalah sebab terkuat yang membuat seseorang suka dipuji. Dia rasa bahawa dia tidak salah dan seorang yang baik, maka dirinya berhak menerima pujian.

2. Hatinya telah terperangkap dengan sanjungan orang

ada sebab kenapa manusia suka akan pujian menurut imam ghazali

Kedua, kerana hatinya telah terperangkap dengan sanjungan dan pujian orang.

Pujian boleh mengasyikkan orang yang dipuji lebih-lebih lagi apabila pujian itu disampaikan di hadapan orang. Hatinya akan mula terasa bangga walhal jika dia dikutuk oleh orang meskipun sedikit, ia terasa berkali ganda menyakitkan.

3. Petanda bahawa hati seseorang telah dekat dengannya

ada sebab kenapa manusia suka akan pujian menurut imam ghazali

Apabila seseorang kerap memujinya, ia dapat menjadi petanda bahawa hati orang yang memuji telah condong dan suka kepadanya. Dalam kata lain, dia sedikit sebanyak telah berjaya mendapatkan perhatian orang.

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda