Skip to main content

Advertisement

Berita

Kemalangan Hampir Ragut Nyawa, Individu Ini Tunai Solat Sunat Tanda Syukur

Seorang lelaki mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawanya ketika dalam perjalanan di sebuah lebuhraya.

Kejadian yang berlaku di Aydın, Turki ini menyentuh hati masyarakat apabila dilihat sedang menunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kerana terselamat daripada kemalangan.

Advertisement

kemalangan hampir ragut nyawa, individu ini tunai solat sunat tanda syukur

Gambarnya ini tular di media sosial dan dikongsikan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) milik individu berkenaan dilihat remuk dibahagian hadapan dan kiri kereta.

kemalangan hampir ragut nyawa, individu ini tunai solat sunat tanda syukur

Menurut sumber, lelaki ini dikhabarkan menunaikan solat sunat lengkap menggunakan sejadah sementara menunggu pihak polis sampai memberikan bantuan kepadanya.

Sumber: IlmFeed

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda