Skip to main content

Advertisement

Berita

Kekalkan Penjarakan Sosial Ketika Solat Jumaat Buat Masa Ini

Penjarakan sosial di antara jemaah dalam solat Jumaat akan dikekalkan buat masa ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

kekalkan penjarakan sosial ketika solat jumaat buat masa ini

Advertisement

Menurut beliau, perkata tersebut telahpun dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan Majlis Keselematan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan susualan penularan wabak COVID-19.

Dr Zulkifli turut berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) telah bermesyuarat tujuh kali bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan ibadah agama Islam.

Hasil daripada mesyuarat-mesyuarat tersbut adalah SOP telah dikeluarkan pihaknya dengan kerjasama MKN dan Kementerian Kesihatan.

SOP tersebut meliputi kaedah pelaksanaan ibadah dalam bulan Ramadan; kedudukan saf solat; pelaksanaan ibadah korban; solat sunat Aidilfitri; solat musafir; perkahwinan orang Islam secara dalam talian; selain panduan hukum ujian saringan dan prosedur rawatan pesakit COVID-19 dalam bulan Ramadan.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda