Skip to main content

Advertisement

Berita

Kejutan Mawi Untuk Anak Sempena Hari Jadi

Menjadi satu kebiasaan ataupun trend bagi keluarga sekarang untuk meraikan ulangtahun kelahiran anak secara mewah ataupun besaran.

Tetapi lain bagi penyampai radio ZAYAN, Mawi yang meraikan ulangtahun anaknya, Cahaya Malaika dengan penuh sederhana.

Advertisement

kejutan mawi untuk anak sempena hari jadi

Mawi berkongsi momen indah tersebut di laman sosial Instagram miliknya berserta kaspyen yang bermakna buat anak tercinta.

"Abi orang kampung... Hadiah pun barang-barang kampung je. Semoga Cahaya Malaika menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan semesta alam," tulis Mawi.

Mawi mengeluarkan sekotak besar hadiah yang dibalutnya sebagai kejutan. Apabila hadiah tersebut dibuka, anaknya terkejut apabila kotak itu terkandung barangan, permainan dan makanan ringan zaman 1990-an.

Malaika turut berkongsi hadiah yang diberikan bersama saudara-maranya yang turut hadir memeriahkan majlis hari jadinya ketika itu.

Netizen memberikan pujian kepada Mawi yang mendidik anaknya dengan cara bersederhana sambil mengenang semula nostalgia zaman kanak-kanaknya.

Sumber: Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda