Kebiasaannya, masyarakat di Malaysia sinonim dengan kuih karipap yang dimakan ketika bersarapan atau minum petang.

Advertisement
Namun, berbeza di Kampung Bokara, Sandakan apabila karipap yang dibuat sangat unik dan lain daripada yang lain.
Malah, bentuknya seakan karipap hanya namanya berbeza sedikit iaitu 'pastil' yang diperbuat daripada ubi kayu dengan berintikan ketam dan udang.

Menariknya, pastil sangat luar biasa sehingga menjadi dambaan dalam kalangan orang kampung begitu juga dengan penduduk di Kuala Lumpur.
Rasanya yang unik dan sedap dimakan ketika panas membuatkan kuih ini semakin mendapat tempat segenap masyarakat semenanjung bukan sahaja di Sabah.
Sumber: Awani