Satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara China yang dijangkiti novel Koronavirus disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu mendapati bahawa dia sudah pulih dan berada dalam keadaan sihat selepas menjalani ujian pengesanan ulangan yang dijalankan sebanyak dua kali ke atasnya dan hasil ujian tersebut didapati negatif.
Advertisement
Menurut beliau, ini merupakan kes pertama di Malaysia yang melibatkan pesakit positif Koronavirus yang pulih sepenuh dari jangkitan virus tersebut.
Kata beliau, tanggapan orang ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut sesiapa yang menghidapnya adalah tidak tepat.
Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
Kanak-kanak perempuan tersebut dilaporkan positif pada 29 Januari lalu dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah.
Sumber: Astro Awani