Skip to main content

Advertisement

Berita

Kanak-Kanak 2 Tahun Tercampak Keluar Dari Kereta Di Lebuhraya PLUS

kanak-kanak 2 tahun tercampak keluar dari kereta di lebuhraya plus

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Senawang pada 10 Februari lepas.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di lutut, lengan serta kepala kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Kanak-kanak itu telah tercampak keluar daripada kenderaan akibat pelanggaran dengan sebuah kereta Myvi yang dipandu dengan amat bahaya sekali.

Rakaman video kejadian berkenaan yang berdurasi 59 saat yang tular hari ini di laman media sosial Facebook dan Twitter, mendapat perhatian ramai dari netizen.

Sumber: BERNAMA

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda