
Al-Quran merupakan panduan utama bagi semua umat Islam. Penghayatan bait-bait surah yang terkandung di dalam kitab suci ini dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang yang beragama Islam yng berada pada jalan yang benar.
Advertisement
Firman Allah di dalam Surah Fatiir:

Menurut tafsiran Ibnu Katsir di dalam kitabnya, terdaat tiga jenis orang yang mengamalkan Al-Quran.
Pertama, orang yang zalim pada dirinya sendiri, iaitu orang yang berlebihan dalam mengamalkan sebahagian daripada kewajipan, serta selalu melakukan sesuatu hal yang terlarang. Menurut Ibnu Abbas, golongan ini kelak akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.
Golongan kedua adalah mereka yang tidak berlebihan dalam melaksanakan kewajipan dan menjauhi perkara-perkara yang terlarang. Walaubagaimanapun mereka seringkali meninggalkan perkara-perkara sunnah, dan melakukan hal-hal yang makruh. Mereka akan dikurniakan syurga di atas anugerahuang telah diberikan oleh Allah Taala.
Terakhir sekali adalah golongan yang selalu berlumba-lumba dalam kebaikan iaitu mereka yang melaksanakan perkara-perkara kewajipan dan yang disunnahkan, dan dalam pada masa yang sama menjauhi hal-hal yang haram dan yang dimakruhkan, juga perkara-perkara mubah. Golongan ini diberikan keistimewaan oleh Allah iaitu masuk Syurga tanpa ada padanya perhitungan amal.
Hal ini boleh dijadikan dorongan kepada kita untuk lebih menghayati pengisisan dan pengajaran yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran.
Sumber: Bincang Syariah