Ramai yang menjejak kaki ke tanah suci akan berkata perkara yang sama. Hati tenang, perasaan sedih dan sebak pun ada.
Pelakon dan hos, Janna Nick berkongsi perasaan terujanya menunaikan umrah di tanah suci.
Advertisement
Janna Nick memuat naik sebuah mesej di akaun Instagram menyatakan betapa seronok dan indahnya menjejak kaki ke tanah suci, tidak sama seperti bercuti ke tempat lain di dunia seperti kota London.
Hatinya berasa tenang dan fikirannya bebas daripada memikirkan hal duniawi. Mengambil kesempatan pada waktu ini untuk fokus dalam beribadah.


Dia juga menulis nasihat supaya jangan lah kita memberi komen negatif kepada orang, jangan matikan niat seseorang untuk jejak ke tanah suci.
Jika mempunyai niat yang baik, teruskan sahaja dan jangan peduli kata orang lain.
Janna Nick menyatakan bahawa cinta kepada Rasulullah SAW adalah cinta yang paling agung.
“Benarlah, cinta kepada Rasulullah SAW adalah cinta yang agung.”
Sumber: Instagram Janna Nick