Skip to main content

Advertisement

Berita

Jangan Sebut Perkataan Yang Buruk Pada Anak-Anak

jangan sebut perkataan yang buruk pada anak-anak

Kata-kata yang keluar daripada mulut kita merupakan ucapan yang boleh menukarkan anak-anak kepada manusia yang luar biasa.

Advertisement

Sebab itu, apabila ibu bapa ingin marah atau keluar perasaan yang tidak menentu terhadap perbuatan anak-anak mereka, biasanya mereka akan cuba untuk menahan mulut daripada mengeluarkan kata-kata yang berbaur makian.

Kerana ucapan yang keluar daripada mulut mereka adalah doa dan kita mengetahui bahawa doa tersebut adalah makbul.

Dari Jabir RA, Baginda SAW bersabda – “Janganlah kalian mendoakan kejelekan untuk anak-anak kalian, serta jangan mendoakan kejelekan untuk harta kalian. Janganlah kalian berdoa untuk seperti itu kerana boleh jadi bersesuaian dengan satu waktu dari Allah yang jika Dia diminta sesuatu pada waktu tersebut, Dia pasti mengabulkannya untuk kalian.”

(Hadis Riwayat Muslim, no. 309)

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda