Kredit gambar utama: @syamsulyusoffilm/Instagram
Filem Munafik 2 yang mencipta sejarah industri perfileman negara dengan kutipan melebihi RM40juta turut tidak terkecuali daripada menjadi mangsa individu tak bertanggungjawab, merakam dan menyebar video filem ini di Facebook dan YouTube.
4 orang dah kena. Mohon hati2 ☝ pic.twitter.com/nflbGHMRLW
— Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) September 19, 2018
Advertisement
Syamsul Yusof memberi amaran keras di laman Instagram @syamsulyusoffilm dan Twitternya @SyamsulYusof84. Menurut Syamsul “Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes ke atas anda”.
Dalam statusnya juga, Syamsul memaklumkan 4 orang telah diambil tindakan kerana menyebar filem Munafik2 yang masih ditayangkan di panggung.
Pihaknya juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan mereka yang terlibat. Dan jika individu itu berdegil, IP addressna boleh dikunci dan boleh didakwa di bawah akta hak cipta 1987. Sabit kesalahan, anda boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Kredit: Instagram & Twitter Syamsul Yusof