Kredit gambar utama: Verywell Mind
Ramai orang cuba untuk berhenti merokok tetapi tak ramai yang cukup kuat untuk menahan godaan rokok. Iyalah, bila dah ketagih, tak mudah untuk berhenti. Dan nak berhenti merokok pun tidak boleh dibuat secara mendadak. Kata orang slow & steady.
Advertisement
Dan kalau korang berazam nak berhenti atau sedang fasa berhenti merokok, 10 simptom withdrawal atau penarikan ini mungkin berlaku seperti yang dikongsikan oleh ahli farmasi ini melalui akaun Twitter @Fahmibinhassan
Cabaran utama berhenti merokok adalah simptom-simptom withdrawal. Penting untuk perokok yang ingin berhenti bersedia dengan cabaran ini supaya dapat bersedia fizikal dan mental.
— Fahmi Hassan (@Fahmibinhassan) August 17, 2018
Simptom withdrawal yang biasa adalah:
1. Hilang mood atau murung (<4 minggu)
— Fahmi Hassan (@Fahmibinhassan) August 17, 2018
2. Gangguan tidur. Tidur malam kurang lena dan resah (<2 minggu)
3. Cepat marah. Selalu sentap dan naik angin (<4 minggu)
4. Hilang fokus. Sukar beri tumpuan (<2 minggu)
5. Resah dan gelisah. Sentiasa rasa tak keruan (<4 minggu)
— Fahmi Hassan (@Fahmibinhassan) August 17, 2018
6. Selera makan bertambah. Berat badan pun. Perlu jaga-jaga (>10 minggu)
7. Sembelit. Rasa tak seronok untuk membuang. (>4 minggu)
8. Ulser di lidah, dalam bibir dan pipi. Guna krim serta ubat kumur untuk kurangkan sakit (>4 minggu)
— Fahmi Hassan (@Fahmibinhassan) August 17, 2018
9. Rasa melayang serta tidak stabil (<2 hari)
10. Keinginan atau rindu dengan rokok (>10 minggu)
Kebanyakan simptom-simptom ini akan berakhir setelah beberapa minggu. Yang paling bahaya adalah kerinduan pada rokok.
— Fahmi Hassan (@Fahmibinhassan) August 17, 2018
Cekalkan hati. Dapatkan bantuan profesional kesihatan dan sokongan orang sekeliling.
Semoga berjaya!#MedTweetMY
Kredit: Twitter @Fahmibinhassan